
|
TO BE
Isnin, 13 Ogos 2012 @ 12:23:00 PG | 0 Comment [s]
![]()
Ini bukan soal cinta atau perasaan, ini soal kehidupan yang sementara, zaman remaja yang sering ingin mencuba, aku tak mahu ambil risiko hanya untuk keseronokkan sementara, aku sedar tak lama lagi pasti aku akan menjadi dewasa, memikirkan segala mcam cara untuk meneruskan kehidupan, adakah aku sedia?
Sudahlah mengenai cinta, aku tahu cinta itu fitrah manusia, mengapa aku harus mengejar sesuatu yg aku sendiri tak pasti, mungkinkah masih ada waktu lg yg tersisa? Menjadi seorang isteri yg solehah, seorang ibu yg menyayangi anak2nya. Atau mungkin kehidupan ini akan berakhir tidak lama lg, bersediakah aku menemui cinta yg agung? Sementara masih banyak hutang yg belum aku lunaskan, masih sedikit bekalan yg aku simpan
Terima kasih ya Allah, mungkin tragedi semalam untuk mnyedarkan aku, hidup perlu diteruskan. Cinta itu hanya seperti angin yg berlalu, terkadang ia hadir untuk menenangkan kita, namun ia juga boleh menerbangkan kita.
Bila difikirkan balik, banyak tanggungjawab, banyak amanah, bukan mudah menjadi orang yg bertanggungjawab. Bukan mudah serubah menjadi orang yg lebih baik. Tp aku pasti, Allah sentiasa ada memerhatikan kita, mungkin sukar untuk lari dari dosa, tp hanya satu yg aku pinta, hadirkanlah istiqomah itu buatku ya Allah
Hati ini bukan milikku lg, aku telah serahkannya pada Illahi, jika kau mahu hati ini? Mintaklah pada dia sang pemilik hati
Tugas ku sekarang hanya menuntut itu, mencari sebanyak mana ilmu, buat bekalan ku meniti dewasa
Terkadang aku sendiri tak tahu, aku nak jadi apa dah besar nanti?
Aku tak mahu rezeki yg aku dapat nanti bercampur dgn maksiat, namun aku jua tak mahu jika pekerjaan aku nanti akan mengabaikan banyak tanggungjawabku, aku lemah
Nak jadi guru? nanti kalau aku dah ada anak, pasti aku pun akan jd guru buat ankku
Nak jadi nurse? nanti bilamasa suami/anak sakit, aku pun dah jadi nurse
Nak jadi chef? dah jadi isteri nanti, automatik jadi chef
Yg pasti aku nak jadi seorang penulis! Ye penulis! aku serius
Cita-cita ini masih jauh untuk aku gapai, sedangkan karangan bahasa melayu pun tak dapat markah penuh, aku masih lemah dalam membina ayat, puitis, dramatis. Aku tak pasti sama ada setiap apa yg aku tulis orang rasa best/ bosan untuk baca. Nak amnik bidang satera ke nanti lepas spm?
Atau pun kembali pada jalan yg lebih diredhai, aku tak mahu apa yg aku tulis itu membawa kelalaian, Nak ambik bidang sejarah islam ke nanti? Ya Allah yg mana satu harus ku pilih? Aku mencintai semua ilmumu !Berikanlah aku petunjuk
Hingga kini, masih belum ada kata putus... Aku ingin menjadi hambamu yg kau redhai
meski aku tahu, aku sentiasa menderhaka padamu,
namun aku yakin kasih dan sayangmu tak akan pernah putus buat hambamu
permudahkan aku dgn segala urusanku
ENGKAULAH YG MAHA BESAR
|
Notes! Assalamu'alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuh. This is my blog. In very little space from the Worldwide web. This could be the place where I can have freedom to express myself, whenever I wanted to, post non-sense shit, type asdfghjkl till I got tired like an idiot.
Navigations! |